:: CERPEN :: Kisah Cinta Kami

Assalamualaikum all :)

Bermula dimana seorang gadis kidal bertemu cinta hati seorang jejaka kidal.

Syiera adalah seorang gadis yang peramah.Sudah pun berpunya, Semasa bersekolah disalah sebuah sekolah menengah teknik di utara. Bermulalah kisah hidupnya yang penuh dengan suka dan duka.

Pada waktu rehat, Semua pengawas diminta berkumpul di astaka yang terletak berhampiran dengan padang sekolah. Kawasan ini sering dijadikan sebagai tempat perjumpan bagi badan pengawas kerana disini dapat dihirup udara segar.

Tujuan utama perjumpaan pada hari ini adalah bagi memaklumkan nama para pengawas yang terlibat dengan Kem Kepimpinan Pengawas SMT Zon Utara. Seramai 10 orang pelajar yang terpilih dari setiap sekolah. Termasuklah nama Syiera!

Hatinya bercampur baur. Gembira bercampur sedih. Suka bercampur hiba. Hatinya mula diruntun pelbagai persoalan yang direka oleh akal mindanya sendiri. 

Tujuannya hanya satu... Memikirkan dimana semasa berada di kem tersebut tidak dibenarkan membawa telefon bimbit. Hatinya resah memikirkan bagaimana rasanya berpisah bersama si jantung hati Zani(Bukan Nama Sebenar)

Hari yang dinanti telah tiba, maka berangkatlah sekumpulan pelajar tersebut bagi menghadiri kem yang ditetapkan.

Syiera memerhati keadaan sekeliling. Matanya tertancap pada seorang jejaka yang telah berjaya menarik perhatian mata remajanya itu. Disangka kembar, rupanya sahabat karib. Sungguh seiras bisik hatinya!

Pembahagian kumpulan bermula. Syiera mula berharap bahawa dirinya akan ditempatkan bersama jejaka yang telah menarik perhatiannya itu. Otakna seakan lupa pada jantung hati kesayangannya yang ditingglkan sementara semasa berada di kem.

Malang. Syiera tidak bersama jejaka tersebut. "Masih tertanya-tanya siapakah milik susuk tubuh yang tegap itu. Siapa dia yang telah berjaya mengusik hatiku walaupun telah dimiliki" Omel Syiera.

Pada kesokan harinya bermula aktiviti senaman pagi. Matanya meliar mencari susuk tubuh tersebut. Malangnya tidak ketemu! Seluruh pelajar diminta bersarapan pagi dan kemudian berkumpul di dataran. Sekumpulan besar pelajar yang datangnya dari pelbagai negeri itu telah dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Allah SWT telah menunjukkan kuasaNYa dimana Syiera telah ditempatkan dikumpulan bersama jejaka yang dicarinya itu. Alangkah gembira rasa hati.

Kumpulan Syiera akan menaiki basikal pada hari ini manakala Kumpulan yang lain akan pergi berkayak. masing-Masing sangat teruja dalam melaksanakan aktiviti yang disediakan.

Setiap pelajar diminta memilih basikal mengikut keselesaan masing-masing. Syiera seorang gadis yang kurus dan kurang ketinggian. Tingginya hanya 153cm. Memikir bagaimana caranya menaiki basikal yang telah ditinggalkannya hampir sepuluh tahun itu?

"Allah Maha tahu" Bisik hatinya.

"Ahhh! try aje!! InsyaAllah walaupun kak tak sampai" Katanya lagi.

Perjalanan menuju ke satu kawasan perkelahan yang cantik mengambil masa hampir 2 jam. Kaki sudah merasa lenguh-lenguh gara-gara sudah lama tidak menunggang basikal.

Semasa melalui jalan di kebun getah. Tiba-tiba tayar basikalnya telah dilanggar menyebabkan Syiera hilang kawalan..


*****To be continue......

Thanx Sudi Membaca! Komen laa sikit ;)

 

♡Cik Syra Haikal Nordin♡ ♍ | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Eyra Nordin